Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Haa… topik yang cik nina belajar hari ni agak menarik kerana ianya berkaitan dengan web searching yang mana kita selalu gunakan untuk kita cari maklumat kat internet.. haa mesti tertanya – tanya kan apa tu web searching.. okey melalui apa yang cik nina pelajari minggu ni kan.. web searching adalah satu web yang mana ianya bersambung dengan dokumen yang berada di alam maya… ianya sebenarnya lebih dikenali sebagai WWW (world wide web) dan biasanya orang hanya akan panggil web.. dan searching pula pencarian.. kan kebiasaannya kalau kita nak cari maklumat kita akan buka web browser dan kita akan taip bahan yang kita nak.. haa tu la web searching.. dalam pencarian maklumat ini kita kebiasaanya akan berhadapan dengan masalah berkaitan dengan web searching ni yang mana terlalu banyak informasi yang akan ditunjukkan oleh web searching, dak informasi tersebut pula tidak semestinya betul, alamat website yang kadang – kadang sentiasa berubah, dan yang terakhir kita tidak tahu nak letak kat mana informasi yang betul dan ianya akan menyusahkan kita dalam mencari apa yang kita nakkan. Jadi dalam topik ini cik nina akan selitkan sedikit tentang bagaimana untuk kita cari maklumat yang kita mahukan secara tepat dan padat.
Okey sekarang beralih pulak pada web browser.. apa pulak la web browser ni kan…. Dalam topik ni kita akan pelajari banyak perkara so everybody need to get ready… okey sambung ye… web browser ni adalah satu aplikasi perisian yang memberikan kemudahan kepada pengguna untuk melihat petikan, gambar dan pelbagai lagi informasi yang kebiasaannya berada di web pages yang berada pada website WWW tu tadi. So sekarang boleh Nampak tak apa tu web browser.. melalui dari hasil pembelajaran cik nina pada minggu ni, apa yang cik nina tahu web browser ni seperti “google chrome,internet, mozila firefox, opera” dan macam – macam lagi tapi kalau ikut statistic sekarang ni penggunaan web browser yang paling tinggi ialah google chrome.. kat bawah ni cik nina ade letakkan statistic yang cik nina baru ja cari – cari waktu perbincangan kelas tadi.
gambar stastistik web browser
Okey sekarang cik nina nak ceritakan tentang apa yang kita boleh lakukan dengan web browser. Dengan menggunakan web browser kita dapat melayari laman web jika kita tahu URL laman web tersebut sebagai contoh yang mudah cik nina bagi URL elearning UTM http:/elearning.utm.my atau kita juga boleh mencari web menggunakan alatan carian yang mana mengandungi enjin carian ( search engine), direktori subjek (subject directories) , nama direktori (name directories) , “meta – searchers”, dan pelbagai lagi.
Enjin carian (search engine)
Salah satu program computer yang melakukan perkara – perkara seperti berikut :
• Membenarkan pengguna mengemukakan soalan yang mengandungi perkataan atau ayat.
• Mencari pelbagai pangkalan data
• Mengembalikan senarai URL yang sesuai dengan persoalan
• Membenarkan pengguna untuk menyemak dan menghantar semula.
Meta-searchers
Merupakan satu perisian yang membolehkan pengguna melakukan pencarian dengan memberikan senarai dari pelbagai enjin pencarian bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat yang diinginkan tenpa perlu membuka satu persatu perisisan aplikasi. Hasil pencarian yang sama akan dilupuskan dan akan disusun mengikut banyaknya persamaan dengan persoalan yang dikemukakan oleh pengguna.
direktori subjek ( subject directories)
• pemilihan ini dilakukan sendiri oleh pengguna. (bukan dari computer mahupun program)
• diorganisasikan kepada kategori subjek, klasifikasi berdasarkan subjek
• tidak mengandungi teks penuh web yang dihubungkan. Hanya boleh cari apa yang dilihat (tajuk, diskripsi, dan lain – lain)
• lebih spesifikasi tetapi lebih kecil carian berbanding menggunakan enjin carian.
Okey sekarang cik nina akan jelaskan pula tentang apa yang cik nina faham berkaitan dengan tenknik mencari (searching techniques). Jika sebelum ini cik nina tidak pernah tahu berkaitan dengan teknik ini, namun selepas diterangkan oleh pensyarah cik nina berkaitan ini cik nina dapat menggunakannya dengan lebih efisyen. Okey sekarang cik nina terangkan ye.
Pelayar web (web browser)
• menggunakan direktories subjek
• menggunakan implikasi logic Boolean (dan,atau,dan atau), pencarian ayat, dan bidang pencarian yang berkesan.
• Mengenalpasti kata kunci konsep, sinonims dan pelbagai perkataan yang dihasilkan dalam topik
• Menggunakan perkataan
• Guna pelayar web yang berkesan dalam mencari maklumat
Menggunakan perkataan yang hampir sama
• Boleh memasukkan perkataan yang tidak lengkap.
• Enjin carian akan mendapatkan koleksi perkataan yang dimasukkan
Tip carian
Dalam mencari maklumat kita perlu tahu sedikit sebanyak tentang tip – tip bagi memudahkan untuk kita melakukan carian.
• Secara semula jadi
• Penggunaan huruf
• Menggunakan “keyword” yang jarang digunakan
• Tahu tentang keperluan perkataan
• Ejaan yang betul
• Gunakan sumber yang lain bagi membolehkan untuk mendapat kepelbagaian maklumat
• Gunakan persoalan yang terbaik bagi mendapatkan hasil yang lebih baik.
• Berfikir dengan baik sebelum menaip “keyword” pada enjin carian
• Gunakan Boolean jika memerlukan gabungan “keywords”
setiap apa yang kita gunakan pasti ada kelebihan serta kekurangan..
jadi hasil carian yang telah cik nina lakukan cik nina ada melihat satu blogger yang telah mennyenaraikan kebaikan dan keburukan satu - satu web browser tersebut...
ini linknya ya...
kekurangan dan kelebihan
Dari semua yang dijelaskan cik nina ada mencari sedikit lagi nota berkaitan dengan carian web dan juga seperti biasa cik nina akan memasukkan video yang berkaitan bagi memudahkan pemahaman berkaitan dengan topik kita pada kali ini.



No comments:
Post a Comment