Wednesday, 16 March 2016

TEKNOLOGI TANPA WAYAR (WIRELESS TECHNOLOGY)

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Minggu ini cik nina telah pelajari tentang rangkaian teknologi tanpa wayar. Teknologi ini kebiasaanya menggunakan medium – medium tertentu untuk menyalurkan maklumat seperti menggunakan signal radio, signal wave, dan pelbagai lagi medium. Jika kita lihat disekeliling kita sekarang ini telah banyak menggunakan teknologi tanpa wayar kerana ianya lebih mudah. Penggunaan teknologi ini lebih mesra pengguna kerana pelbagai alat telekomunikasi sekarang ini menggunakan teknologi ini sebagai contoh yang dapat dilihat pada zaman kini ialah telefon, mesin cetak, alat kawalan jauh serta pelbagai lagi.


Jika dilihat dipersekitaran kita, penggunaan internet melalui perkongsian wifi juga merupakan salah satu penggunaan teknologi tanpa wayar.  Dimana pengguna boleh mengakses internet dimana sahaja dan pada bila – bila masa. Teknologi tanpa wayar ini dikenali sebagai infrared yang mana penghataran maklumat melalui medium gelombang yang kecil,  wireless local area networlks (WLANs),wifi kebiasaanya digunakan untuk mengakses internet, broadband wireless juga digunakan untuk mengakses internet, Bluetooth adalah medium yang digunakan untuk mendapatkan atau menghantar data atau maklumat. 


disini cik nina ada sertakan  video tentang gelombang radio.




Terdapat banyak generasi teknologi rangkaian yang berkembang mengikuti dengan perkembangan zaman. Generasi pertama atau 1G, kemudian dikembangkan dengan generasi kedua atau 2G dan 2.5G. Setelah itu muncul generasi ketiga atau 3G dan 3.5G. Setelah teknologi generasi ketiga, sekarang telah muncul generasi keempat atau 4G yang banyak digunakan oleh para pengguna smartphone dan tablet.

Generasi pertama atau generasi 1G adalah suatu sistem telekomunikasi rangkaian yang berasaskan sistem teknologi analog. Generasi 1G ini muncul pada era 80-an. Sistem ini menggunakan metod yang dipakai untuk menghantar informasi dalam jaringan telekomunikasi. Sistem teknologi 1G ini hanya menggunakan suara. Pada masa ini telefon tangan masih berukuran besar dan baterinya masih tebal serta besar kerana alat tersebut memerlukan daya yang besar dalam menjalankan fungsinya. Kelemahan dari teknologi 1G juga adalah kapasiti trafik yang kecil, penggunaan spektrum frekuensi secara keterlaluan, dan suara yang tidak jelas.

Generasi kedua kemudian muncul dengan sebutan 2G pada era 90-an. Teknologi rangkaian ini hadir dengan suatu sistem baru iaitu sistem yang berasaskan digital. Teknologi 2G ini menggunakan jaringan Global System for Mobile atau yang biasa dikenali dengan GSM. Sistem GSM ini sampai sekarang masih digunakan oleh sebagian orang. Hal ini adalah kerana sistem GSM memiliki jaringan roaming yang luas dan dapat digunakan di berbagai negara. Kelemahan dari sistem GSM adalah akses data yang masih kecil, hanya sekitar 9.6 kbps ini kerana dahulu fokus dari GSM adalah untuk penggunaan suara. Dalam era generasi 2G ini juga muncul CDMA (Code Division Mutiple Access). Kecepatan CDMA telah jauh melebihi GSM iaitu 153.6 kbps. Suara yang dihasilkan oleh CDMA juga jauh lebih jelas jika dibandingkan dengan GSM. Kapasiti data yang dimiliki oleh CDMA juga lebih besar dibandingkan dengan GSM. Kelemahan dari generasi kedua atau 2G adalah kecepatan transfer data yang masih rendah dan jangkauan jaringan yang masih terbatas.

Generasi ketiga untuk rangkaian merupakan suatu teknologi lanjutan dari GSM/GPRS dan CDMA. Generasi ini memiliki beberapa ciri-ciri khusus iaitu, pita frekuensi yang lebih bersifat general dan boleh digunakan di seluruh dunia, standard yang lebih bersifat global, spektrum yang efisyen dan komunikasi yang berbentuk multimedia. Sistem 3G ini memiliki kualiti suara, gambar, dan data yang cukup tinggi. Kecepatan data 3G mencapai 2 Mbps saat tidak bergerak atau pindah dan sebesar 384 kbps saat sedang bergerak. Dalam sistem 3G diperkenalkan sistem video call dimana kita boleh telefon sambil melihat wajah dari rakan yang dihubungi. Terdapat juga sistem video streaming, video conference, internet browsing, PC to Mobile, dan Video Mail.

Generasi keempat yang sedang muncul dan berkembang dengan pesat saat ini adalah 4G. Kemunculan dari 4G ini adalah disebabkan oleh kehendak akan daya kecepatan dalam mengakses data. Generasi 4G ini mengalami peningkatan dalam kecepatan data sampai mencapai 100 Mbps. Sistem ini mampu menerima dan menyampaikan dengan baik suara, gambar, data, mahupun multimedia. Data yang dapat ditampung juga jauh lebih besar dibandingkan dengan generasi sebelumnya.  







No comments:

Post a Comment