Topik yang cik nina pelajari pada kali ini ialah berkaitan dengan asas pembangunan web. Dalam opik ni cik nina dapat mempelajari berkaitan “coding – coding “ yang diperlukan bagi menciptakan web yang asas. Sebelum itu biar cik nina terangkan sedikit berkaitan dengan dengan pembangunan web. Berdasarkan pemahaman cik nina, pembangunan web adalah satu istilah yang luas untuk kerja-kerja yang terlibat dalam membangunkan laman web untuk Internet (World Wide Web) atau intranet (rangkaian persendirian). pembangunan web boleh terdiri daripada membangunkan halaman tunggal statik yang paling mudah teks biasa kepada aplikasi internet berasaskan web yang paling kompleks, perniagaan elektronik, dan perkhidmatan rangkaian sosial. Satu senarai tugas yang lebih menyeluruh dimana kebnyakkan pembangunan web rujuk, yang mana mungkin termasuk kejuruteraan web, reka bentuk web, pembangunan kandungan web, perhubungan pelanggan, klien / skrip pelayan, pelayan web dan konfigurasi keselamatan rangkaian, dan pembangunan e-dagang. (sumber dari pakcik wiki).
Cik nina juga mempelajari tentang HTML, yang mana ianya merupakan satu Bahasa yang digunakan sebagai pengatucaraan yang membolehkan dokumen berfungsi dengan menggunakan perisian Bahasa ini mengetahui cara untuk memaparkan link, teks, grafik dan juga media yang di lampirkan.
HTML adalah singkatan kepada “hyper text markup language”,fail HTML adalah fail teks yang mengandungi markup tags yang kecil. Markup tag tersebut yang akan memberi arahan kepada pelayar web tentang cara untuk memaparkan “page”. Fail HTML perlu mempunyai sambungan htm ataupun html. Fail HTML boleh diciota menggunakan editor teks yang mudah/ ringkas.
Apa perbezaan diantara penyambungan .htm dengan .html.. cik nina sendiri pun kurang pasti tetapi berdasarkan dengan apa yang cik nina pelajari dan yang telah pensyarah terangkan .htm dan .html adalah sama kerana ianya merupakan penyambungan yang berkaitan dengan fail HTML. Jadi untuk lebih jelas cik nina telah mencari berkaitan perbezaan penyambungan ini dan hasilnya…
Apakah Perbezaan Antara HTM dan HTML?
(sumber dari uncle google)
Kami mencari banyak jenis fail semasa membina laman web. Satu-satunya cara untuk membezakan antara fail-fail ini adalah sambungan nama fail mereka. laman web adalah jenis yang paling biasa fail yang ditemui pada pelayan web. sambungan fail standard halaman web adalah .htm dan .html. Kedua-dua sambungan ini berkaitan dengan HTML, bahasa asas yang digunakan untuk menulis laman web. Sambungan biasanya digunakan untuk halaman web dengan kandungan statik.
Secara teknikal, selain daripada huruf L, tidak ada perbezaan antara .htm dan .html. .htm kadang-kadang digunakan sebagai sambungan bentuk pendek fail HTML. Contohnya, fail yang boleh ditakrifkan sebagai "htmltemplate.htm bukannya" htmltemplate.html ". Kelebihan utama di sini adalah bahawa komputer berasaskan Window 3 X dan DOS yang lebih suka tiga akhiran watak (.htm) lebih empat aksara (.html) boleh mengenali nama fail ini. Tetapi, kelemahan adalah bahawa sistem operasi terkini mungkin mempunyai kesukaran mengiktiraf ia sebagai fail html. Walau bagaimanapun, pelayan yang sedia ada memberi anda kebebasan untuk setup nama fail lalai anda.
Oleh itu, penggunaan .htm lebih .html atau sebaliknya, bergantung kepada pilihan pengguna.
fail .htm berkhidmat tujuan yang sama seperti fail .html. sambungan fail .html adalah sambungan fail asal untuk laman HTML berjalan pada pelayan web Unix. fail HTML biasa dilihat dengan sambungan .html boleh diwujudkan dengan editor html WYSIWYG seperti Adobe Dreamweaver, Adobe GoLive dan Adobe ColdFusion Builder dan disokong oleh semua pelayar web.
Walaupun sambungan fail .htm telah dicipta untuk Windows 3X dan DOS komputer yang tidak memahami sambungan dengan lebih daripada tiga watak berasaskan. Lanjutan kurang biasa timbul dengan penggunaan WYSIWYG editor html, seperti Web Expression, FrontPage dan SharePoint dan editor html Mac seperti Adobe Dreamweaver CS5, Adobe GoLive dan Adobe ColdFusion.
sambungan fail membantu sistem operasi untuk mengenal pasti jenis fail data ianya berkenaan dengan dan dalam mengenal pasti program yang sesuai untuk membaca dan mengeditnya. Pada masa-masa, komputer tidak dapat membuka "tidak diketahui" sambungan fail yang mungkin tidak mempunyai program yang berkaitan dipasang dapat membukanya. Dalam kes seperti ini, html penukar diperlukan untuk menukar fail lanjutan .html / .htm ke dalam format lain dan sebaliknya.
Ringkas lagi padat, .htm dan .html kedua-duanya diiktiraf sebagai fail HTML. Satu-satunya perbezaan antara kedua-dua ialah .htm digunakan sebagai alternatif kepada .html oleh beberapa pelayan yang tidak menerima empat sambungan watak. Walau bagaimanapun, sistem operasi telah maju sejak beberapa tahun dan kini, mereka menyokong nama lama juga.
Didalam pengaturcaraan pembangunan web ini juga cik nina mempelajari serta dapat mencuba sendiri. Didalam pengatucaraan terdapat editor untuk HTML yang mana kita boleh mengubahnya dengan mudah fail HTML menggunakan editor WYSIWYG (WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET) seperti perisian “frontpage,dreamweaver,Claris home page, adobe pagemill”. Dengan melakukan pegatucaraan cik nina dapat mempelajari tentang bagaimana melakukan “body of the coding” yang mana ianya memerlukan kod – kod yang boleh difahami oleh Bahasa pengatucaraan.
Secara keseluruhan, dapat cik nina simpulkan bahawa pengatucaraan dalam pembangunan web ini agak berbeza dengan apa yang telah cik nina pelajari untuk pengatucaraan “chips,memory dan lain2” ketika cik nina pelajari sewaktu mengikuti pengajian di politeknik dahulu. Dengan mempelajari pembangunan web ini cik nina dapat merasai pengalaman baru dan mencuba perkara baru serta mungkin nanti cik nina dapat mempraktikkannya sewaktu mengajar kelak.
kat sini cik nina letak link yang mana website tersebut cik nina gunakan untuk buat latihan dalam membina "webpages"
Pada minggu ini cik nina telah mempelajari tentang aplikasi ICT dalam pembelajaran serta pengajaran dan juga untuk kehidupan seharian. Hurmmm… jika diikutkan sekarang pun cik nina menggunakan ICT dalam menyiapkan refleksi pembelajaran cik nina untuk subjek rangkaian dan telekomunikasi. Apa yang cik nina gunakan sekarang ni ialah telekomunikasi secara atas talian iaitu cik nina menggunakan blogger. Kalau diikutkan pun masyarakat sekarang semuanya menggunakan ICT dalam kehidupan tidak kira sama ada untuk pembelajaran mahupun hiburan.
Okey sekarang ni cik nina akan menghuraikan tentang aplikasi ICT yang terbaru berdasarkan pemahaman cik nina ketika kelas tadi. Apa itu ICT??? Ict ataupun “information and communication technology” @ teknologi informasi dan komunikasi (TIK), merangkumi dua aspek iaitu teknologi komunikasi dan juga teknologi informasi. Teknologi informasi meliputi segala hal yang berkaitan dengan proses, penggunaan sebagai alat bantu, manipulasi dan juga pengelolaan informasi. Manakala teknologi komunikasi pula ialah sesuatu yang berkaitan dengan penggunaan alat bantu untuk memproses dan memindahkan data dari satu peringkat ke peringkat yang seterusnya. Jadi teknologi komunikasi dan juga informasi ini mengandungi pengertian yang luas yang mana segala kegiatan yang berkait dengan pemprosesan manipulasi pengelolaan pemindahan informasi diantara media.
Dalam aplikasi ICT ini, terdapat telekomunikasi secara atas talian sebagai contoh skype, instant messaging, twitter, geobrowsing, message board dan pelbagai lagi. Dengan adanya telekomunikasi secara atas talian ini ianya memudahkan pengguna untuk mengadakan perbincangan secara berkumpulan walaupun ahli kumpulan berada di tempat yang berbeza. Jadi ianya tidak menjadi masalah dan memudahkan urusan. Aplikasi peta “waze” juga diklasifikasikan sebagai telekomunikasi di atas talian. Mesti tertanya – tanya kenapa menjadi salah satu telekomunikasi atas talian sedangkan aplikasi “waze” hanyalah sebagai aplikasi untuk menunjukkan arah perjalanan. Sedarkah kita bahawa dalam aplikasi “waze” terdapat satu medium yang membolehkan mana – mana pengguna “waze” memberi respon kepada pengguna lain sebagai contoh jika terdapat kemalangan pengguna dapat memberitahu pengguna lain dan pengguna lain dapat mengambil langkah berjaga – jaga. Aplikasi – aplikasi ini sangat popular di kalangan pengguna kerana ianya memudahkan pengguna untuk saling berhubung diantara satu sama lain.
Di dalam ICT juga terdapat satu rangkaian yang digunakan untuk bersosial yang mana halaman ini dicipta untuk membolehkan masyarakat saling berhubung diantara satu sama lain. Aplikasi ini boleh digunakan dengan hanya menggunakan computer mahupun telefon pintar. Contoh – contoh rangkaian social adalah seperti facebook, youtube, Friendster, myspace, meetup,linkedln, dan pelbagai lagi. Kesemua aplikasi ini kita sering gunakan untuk pelbagai perkara seperti untuk melakukan aktiviti perniagaan, mencari kerja, berkomunikasi dengan rakan – rakan dan pelbagai lagi. Dengan menggunakan rangkaian social ini kita juga boleh menggunakannya untuk membuat aktiviti yang berfaedah seperti melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran yang mana secara tak langsung penggunaan ini akan menjadi lebih berguna dan boleh manarik minat pelajar – pelajar untuk mempelajarinya.
Dengan mengggunakan ICT juga kita dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti membeli belah secara atas talian , melakukan pelaburan dan pelbagai lagi. Sejajar dengan tagline zaman sekarang iaitu “dunia di hujung jari” pengguna tidak perlu keluar untuk membeli belah dengan kata lain jika pengguna tidak perlu bimbang akan kehabisan barang keperluan mahupun tidak perlu untuk berebut jika terdapat jualan murah di mana – mana kedai atau pasaraya, pengguna hanya perlu log masuk ke dalam website yang diinginkan sebagai contoh lazada.com, zalora.com, amazon.com dan membayarnya dengan menggunakan kad kredit, visa dan pelbagai lagi. Pengguna bukan sahaja boleh membeli barang malah pengguna juga dapat menjual barang diatas talian seperti memasukkan produk atau barangan yang ingin dijual di laman mudah.com , pengguna juga dapat membayar bil – bil dan juga pelbagai lagi.
Hiburan secara atas talian juga boleh didapati dengan penggunaan ICT ni. Jika dilihat penggunaannya ada yang boleh didapati secara percuma dan ada juga yang boleh didapati dengan perlu membayarnya. Hiburan – hiburan yang boleh dinikmati adalah seperti menonton televisyen, video,mendengar lagu ,bermain permainan atas talian dan pelbagai lagi. Kita juga dapat membaca berita secara atas talian dengan hanya melayari star.com,BHarian.com,metro.com dan pelbagai lagi, pengguna boleh membaca berita walau dimana sahaja mereka berada.
Jika dilihat sekarang ini penggunaan ICT juga diterapkan sejak dari sekolah menengah hingga lah ke peringkat Universiti yang mana kebanyakkan guru – guru mula memasukkan nota – nota di blog atau pun google drive bagi memudahkan pelajar mengakses nota walau dimana mereka berada, sama seperti di university yang mana pensyarah – pensyarah memasukkan nota – nota, mengadakan quiz,dan juga test secara atas talian. Dengan cara ini, ianya lagi memudahkan pelajar untuk mendapatkan nota tanpa perlu membeli buku yang secara amnya kos untuk buku adalah lebih mahal. Seterusnya dapat meningkatkan keupayaan pelajar dalam bidang ICT.
Penggunaan ICT ni jika dilihat banyak kebaikkannya jika digunakan secara betul terutama dalam sesi pengajaran serta pembelajaran. Ini kerana penggunaan ICT dapat menunjukkan keadaan sebenar dan pelajar – pelajar dapat menakul dengan lebih baik selaras dengan pelancaran kelas abad ke – 21 yang menekankan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Disini juga cik nina ada senaraikan tentang kebaikan dena keburukan penggunaan ICT .
KEBAIKAN
Kita boleh mendapatkan maklumat secara mudah dan lebih terperinci.
Boleh memudahkan kita berhubung dengan sesiapa saja walau dimana jua.
Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur..
KEBURUKAN
Jenayah siber boleh berlaku seperti kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus dan sebagainya.
Pelbagai jenis kemudahan dan permainan secara online telah menyebabkan kurangnya pergaulan di kalangan remaja dan kanak-kanak.
Dalam Internet, penggunaan bahasa amat cuai sekali. Mereka menggunakan bahasa singkatan, rojak dan sebagainya
Dalam kelas telekomunikasi dan rangkaian pada minggu ini cik nina ada pelajari berkaitan dengan email. Secara keseluruhannya cik nina ni boleh dikatakan sering menggunakan email tidak kiralah untuk melakukan kerja rasmi mahupun kerja yang tidak rasmi. Namun masih banyak lagi yang cik nina tidak tahu berkaitan email ni. Setakat menghantar dan menerima email tu boleh dikatakan ianya hanyalah perkara biasa dan sesiapa sahaja tahu menggunakannya walaupun pengguna tersebut masih baru dalam penggunaan email ni.
Bagi cik nina, email ni boleh dikatakan sama penggunaannya seperti penghantaran surat pada zaman tiada teknologi seperti sekarang. Okey sekarang cik nina akan menerangkan tentang apa yang cik nina pelajari sewaktu kelas telekomunikasi ini.
Bila sebut email. Semestinya kita tertanya – tanya apakah yang dimaksudkan dengan email dan apakah kaitannya dengan telekomunikasi. Email adalah satu system penghantaran surat atau dokumen yang dihantar melalui media elektronik dengan menggunakan internet. Jika dilihat penggunaan email ini lebih efisyen kerana dokumen yang ingin dihantar akan sampai cepat kepada penerima hanya dalam beberapa minit sahaja dan mesej yang dihantar akan dapat dilihat semula oleh pengirim dan pengirim hanya perlu menghantar mesej tersebut sekali sahaja dengan hanya mengisi alamat email penerima yang perlu menerima email tersebut.
Disini cik nina ada menyediakan kebaikan dan keburukan menggunakan email…
KELEBIHAN
PANTAS: semua urusan yang melibatkan penggunaan e-mel dapat dilakukan dengan lebih pantas. Hanya dengan klik pada butang “send”, emel mampu dihantar atau diterima sekiranya terdapat talian internet yang stabil walaupun jarak antara pengirim dan penerima emel beratus kilometer jauhnya. Sekiranya menggunakan perkhidmatan surat menyurat secara tradisi, jarak akan menentukan berapa lama masa diperlukan untuk penerima menerima surat berkenaan.
EKONOMI: menilai dari sudut ekonomi, penggunaan emel hanya menggunakan kos yang rendah dan murah. pengguna hanya perlu mengeluarkan kos untuk mendapat talian internet sahaja sekiranya menggunakan emel yang ditawarkan secara percuma seperti yahoo, gmail, hotmail dan sebagainya. Sekiranya pengguna menggunakan akaun emel yang berbayar, kos berkenaan hanyalah untuk membayar host emel tersebut dan talian internet. Sekiranya menggunakan perkhidmatan surat menyurat secara tradisi, jarak dan berat kandungan surat anda akan menentukan berapa bayaran dikenakan untuk menampung kos. `
CEKAP: Penggunaan emel membolehkan pengirim membuat kepilan pelbagai bentuk fail iringan dalam kapasiti tertentu. pengguna juga boleh menghantar emel berkenaan secara serentak kepada ramai penerima.
KESELAMATAN: pengguna emel mempunyai kata laluan yang tersendiri membolehkan emel tersebut hanya dibaca oleh penerima yang ada kata laluan yang sah sahaja. pemilihan kata laluan perlu menepati ciri-ciri kata laluan yang baik bagi mengelakkan emel tersebut diceroboh oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
MULTIMEDIA: emel boleh membuat pelbagai jenis kepilan fail iringan yang lain dalam pelbagai bentuk seperti grafik, teks, audio, video dan sebagainya. Ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk mengirim, berkongsi dan menyebarkan maklumat yang diingini secara lebih meluas.Sarat Maklumat (Information Overload)
KEBURUKAN
KURANG PRIVASI
Mesej emel kebiasaannya akan melalui komputer perantaraan sebelum sampai ke destinasi. Jadi, mudah untuk orang lain untuk menyekat dan membaca mesej tersebut.
Kepala emel dan maklumat lain dalam emel biasanya akan mengenal pasti identiti pengirim, maka menghalang komunikasi tidak bernama.
Emel boleh menjejaskan keselamatan sesebuah organisasi kerana maklumat yang sensitif dan sulit boleh disebarkan secara sengaja mahupun tidak
SALAH FAHAM
Penggunaan kata yang tidak sesuai akan membawa
kepada salah faham yang serius.
Pengirim emel perlulah menggunakan huraian yang
penuh dan bukan memendekkannya.
Perbezaan budaya juga boleh menyebabkan ketidak
sefahaman dalam pentafsiran perkataan tertentu.
PEMBAZIRAN MASA
Banyak masa diperuntukkan untuk menyemak mesej ataupun membuang mesej-mesej yang tidak penting.
Emel atau soalan-soalan yang rumit juga memakan masa untuk dijawab seterusnya mengakibatkan tekanan kepada pengguna.
SPAM EMAIL
Emel yang diragui kesahihannya.
Selalunya dihantar daripada penghantar emel (spammer) kepada banyak alamat emel sekaligus.
Tujuan utamanya adalah untuk penjualan produk, perkhidmatan dan yang paling merbahaya adalah untuk tujuan penipuan.
Email spam selalunya mengandungi perkataan tidak baik seperti perkataan lucah, seks, loteri, memberi hadiah berupa wang yang banyak dan juga tawaran yang tidak munasabah.
Email spam yang bertujuan untuk penipuan ini adalah paling merbahaya. Akibat dari kesan penipuan dari kandungan email ini menyebabkan kerugian harta benda, maruah dan juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
SARAT MAKLUMAT (INFORMATION OVERLOAD)
Kebanyakan orang menghantar terlalu banyak maklumat sehingga peti masuk emel sarat dengan pelbagai mesej sama ada penting mahupun tidak.
Dalam menggunakan email, kita perlu tahu asas iaitu pengguna seharusnya mendaftar alamat email dan juga pengguna harus tahu alamat email penerima. Konsep ini sama sahaja dengan penghantaran surat yang biasa dilakukan hanya medium yang digunakan sahaja yang berlainan. Pengguna juga perlu ada pelayan email, email client , dan juga peti surat(mailbox). Berdasarkan pemahaman saya pelayan email adalah satu perisian atau program yang membolehkan untuk menerima atau menghantar e-mail dari atau kepada pelayan email yang lain, email client pula merupakan satu perisian atau program yang membolehkan untuk memindahkan email dari host tempatan kepada pelayan email tempatan, manakala peti surat (mailbox) pula adalah satu peti surat elektronik yang merupakan satu file disk yang memegang mesej email.
Perisian email (pelanggan)
-Pelanggan graphic
-Contoh: “Microsoft outlook, thunderbird,netscape mail” dan pelbagai lagi
-Mod teks (UNIX – pelayan mail, pelayan logic)
Perisian email (pelayan)
-Memasang pelayan email pada LINUX/UNIX ataupun pada “window platform”.
Didalam topik email , cik nina mempelajari tentang kegunaan Cc dan juga Bcc dalam penghantaran mesej. Sebelum itu bagi memudahkan untuk kita lebih faham, kita perlu tahu apa itu Cc dan juga Bcc. Cc adalah “carbon copy section (Cc) yang mana kegunaannya adalah dapat menghantar mesej kepada lebih dari satu penerima, dan semua penerima dapat melihat kesemua senarai email yang telah dihantar sbagai contoh pengurus sebuah syarikat menghantar memo berkaitan disiplin kepada pekerja dan telah di Cc kepada bos syarikat, ini bermakna bos tersebut tahu akan tindakan pengurus tersebut kerana bos juga mendapat email yang sama dan bos mengikuti perbualan diantara pengurus dan juga pekerja tersebut. Manakala Bcc pula adalah “blind carbon copy section (Bcc) yang alamat tidak dapat dilihat oleh penerima, ianya kebiasaannya digunakan sekiranya email tersebut dihantar ke sekumpulan kumpulan yang besar dan masing – masing tidak mengenali sesama sendiri.
Dengan menggunakan email juga kita dapat melampirkan pelbagai dokumen seperti dapat melampirkan gambar, dokumen dalam bentuk PDF, video, dan lain – lain. Kebiasaannya setiap email menghadkan kapasiti untuk lampiran dan kapasiti ini akan menghadkan jumlah dokumen yang boleh dihantar pada satu – satu masa. Kapasiti ini bergantung kepada jenis email yang digunakan, ada email yang membenarkan jumlah yang besar untuk dihantar, ada sesetengah email hanya membenarkan jumlah yang kecil. Setiap lampiran yang dibenarkan kebiasaannya mempunyai perkakasan tambahan dan juga perisian pertolongan. Untuk penghantaran lampiran jenis – jenis file yang dibolehkan juga mempunyai peranan. Di sini cik nina ada selitkan nota untuk jenis – jenis file…
Bagaimana email bekerja
1.SMTP (simple mail transfer protocol)
sekarang mari cik nina terangkan pula berkaitan dengan SMTP berdasarkan pemahaman cik nina dalam kelas. Setiap kali kita menghantar sekeping e-mel, pelanggan e-mel kita akan berinteraksi dengan pelayan SMTP untuk mengendalikan penghantaran. Pelayan SMTP pada tuan rumah kita boleh mempunyai perbualan dengan pelayan SMTP lain untuk menghantar e-mel.
Sekarang cik nina bagi contoh, andaikan bahawa cik nina ingin menghantar sekeping e-mel. My ID e-mel adalah otak, dan cik nina mempunyai akaun pada gmail.com. cik nina ingin menghantar e-mel kepada wamy@yahoo.com. Cik nina sedang menggunakan klien e-mel yang berdiri sendiri seperti Outlook Express.
Apabila Cik nina menyediakan akaun di google.com, Cik nina memberitahu Outlook Express nama pelayan mel -gmail.com. Apabila Cik nina mengarang mesej dan tekan butang Hantar, di sini adalah apa yang berlaku:
•Outlook Express bersambung dengan pelayan SMTP di gmail.com menggunakan port 25.
•Outlook Express mempunyai perbualan dengan pelayan SMTP, memberitahu pelayan SMTP alamat pengirim dan alamat penerima, serta badan mesej.
•Pelayan SMTP mengambil "" Alamat (wamy@yahoo.com) dan memecahkan kepada dua bahagian: nama penerima (wamy) dan nama domain (yahoo.com). Jika "" Alamat pengguna lain pada gmail.com, pelayan SMTP yang hanya akan menyerahkan mesej ke pelayan POP3 untuk gmail.com (menggunakan program kecil yang dipanggil ejen penghantaran). Sejak penerima berada pada domain yang lain, SMTP perlu berkomunikasi dengan domain tersebut.
•Pelayan SMTP mempunyai perbualan dengan Nama Domain Server, atau DNS. Ia berkata, "Bolehkah anda memberi saya alamat IP pelayan SMTP untuk yahoo.com?" DNS balasan dengan satu atau lebih alamat IP untuk pelayan SMTP (s) yang yahoo beroperasi.
•Pelayan SMTP di google.com menghubungkan dengan pelayan SMTP di yahoo menggunakan port 25. Ia mempunyai perbualan teks yang mudah yang sama bahawa pelanggan e-mel cik nina mempunyai dengan pelayan SMTP untuk google, dan memberikan mesej ke pelayan yahoo itu. Pelayan yahoo mengakui bahawa nama domain untuk wamy pada yahoo, jadi ia hantar mesej ke pelayan POP3 yahoo ini, yang meletakkan mesej dalam peti mel wamy ini.
Jika, atas sebab tertentu, pelayan SMTP di google tidak menyambung dengan pelayan SMTP di yahoo, kemudian mesej masuk ke dalam barisan. Pelayan SMTP kebanyakan mesin menggunakan program yang dipanggil 'hantar mel' untuk melakukan menghantar sebenar, jadi barisan ini dipanggil barisan 'hantar mel'. Sendmail berkala akan cuba untuk menghantar semula mesej dalam barisan itu. Sebagai contoh, ia mungkin cuba semula setiap 15 minit. Selepas empat jam, ia biasanya akan menghantar sekeping mel yang memberitahu anda terdapat beberapa jenis masalah. Selepas lima hari, kebanyakan konfigurasi sendmail berputus asa dan kembali mel kepada anda tidak dapat disampaikan.
2.POP (post office protocol)
Secara umumnya POP dicipta bagi menyokong pemprosesan e-mail “offline” . kebiasaannya email yang diterima oleh pengguna dimuat turun ke dalam Komputer atau cakera keras . setelah email tersebut diterima oleh penerima di PC ataupun Mac, mesej akan dibuang daripada pelayan mail. Dan hanya penerima sahaja yang menyimpan email tersebut dan boleh dibuka pada bila – bila masa sahaja walaupun tiada internet tapi hanya pada computer yang menerima email tersebut.
Di sini cik nina ada senaraikan kebaikan dan keburukan menggunakan POP
3.IMAP (internet message access protocol)
IMAP ini secara umunya adalah salah satu cara yang popular dimana pengguna boleh melihat email yang mereka terima dimana sahaja walaupun berlainan computer. Namun pengguna memerlukan sambungan internet untuk mengakses email yang diterima.
Disini ada kebaikan dan keburukan dalam menggunakan IMAP
Secara umumnya cik nina boleh simpulkan bahawa penggunaan POP dan IMAP adalah bergantung kepada kesesuaian dalam melakukan serta mengakses email. Jika pengguna tidak mempunyai internet adalah sesuai baginya untuk menggunakan POP, manakala jika pengguna tersebut kerap atau selalu melakukan kerja luaradalah sesuai untuk mereka menggunakan IMAP.
Di sini cik nina bagi video berkaitan dengan IMAP serta POP
dalam email juga kebiasaanya pasti kita menerima email dari penghantar yang kita sendiri pun tidak tahu. Kebanyakkan email yang diterima dari “unknown user” adalah mungkin mengandungi virus yang boleh mengakibatkan perisian atau perkakasan kita menjadi rosak atau tidak berfungsi. Pencipta virus ini kebiasaanya menghantar email kepada beribu penerima yang tidak dikenali dan ini telah menjadikan salah satu keburukan dalam menggunakan email. Penggodam ini mendapat email kita hanya melalui kad nama , jurnal yang diterbitkan, menggunakan enjin carian, dan mungkin dari aktiviti mendaftar pelbagai akaun social dan pelbagai lagi. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, sebelum membuka email dari penghantar yang tidak dikenali kita disarankan untuk tidak memuatturun mesej atau dokumen, pralihat dokumen, dan jangan sesekali “klik” apa – apa link yang diberikan. Setiap email seharusnya menapis semua email yang masuk bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.