Tuesday, 23 February 2016

KOMUNIKASI DATA @ DATA COMMUNICATION

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu kedua Cik Nina menghadiri kelas rangkaian dan telekomunikasi. pada minggu ini kelas telah membincangkan tentang topik komunikasi data. apa yang Cik Nina faham tentang data..

Data adalah "raw data" yang telah diproses, disusun, disimpan dan akan digunakan untuk mendapatkan maklumat. manakala komunikasi data pula ialah satu proses untuk mengubah atau menghantar maklumat didalam bentuk digital (binary) di antara dua atau lebih peranti yang menggunakan sistem penghantaran elektronik. data komunikasi ini dihantar dengan pelbagai medium pengantara seperti wayar, kabel, "fiber optic" dan pelbagai lagi.

Data datang dengan pelbagai bentuk seperti tulisan, audio, video dan gambar. kesemua data ini perlu diubahsuai kepada signal yang boleh difahami oleh media untuk berkomunikasi. Terdapat dua jenis data signal iaitu analog dan digital.

Terdapat juga beberapa jenis mod penghantaran data iaitu jenis penghantaran secara selari dan juga penghantaran secara siri. dalam penghantaran secara siri terdapat beberapa jenis yang berbeza iaitu secara segerak (synchronous), tak segerak (asynchronous) dan "isochronous". disini Cik Nina ada sertakan video tentang arah atau aliran penghantaran data.



Disini ada Cik Nina tambahkan sedikit lagi maklumat berkaitan dengan komunikasi data.



No comments:

Post a Comment